Saturday, February 25, 2012

Aku terima nikahnya.

"Saya janji, kita akan kahwin. Lepas saya habis diploma, lepas tu saya dah kerja, ada kereta ada rumah. Kita tunang setahun pastu lagi empat tahun kita kahwin ye."




Tiba-tiba terngiang-ngiang ayat tersebut di telinga. Padahal dah setahun lamanya ayat itu berlalu. Ok, jangan tune ke blog lain. Anda berada di blog yang betul. Bukan novel online.




Bodohkah orang percaya kata-kata sebegitu ? Kata-kata itu dilafazkan terlalu awal, tiada kepastian. Adakah adat bercinta secara haram ini memang semestinya harus menabur janji-janji manis ?




Alhamdulillah, masa-masa jahil itu telah berakhir. Satu jihad paling besar ketika itu ialah mahu keluar daripada bulatan cinta haram.



" Kau ingat kau baik sangat ? Kau nak kata orang yang bercinta itu haram ? Selama ni kira abang **** dengan kak ***** bercinta tu buat kerja haram la ek? "


"  Konon berlagak macam bagus, mana janji-janji kau ? Sape yang mungkir janji sekarang ni ? Kau ke aku ? Perempuan *****. "



Terkedu, terkelu lidah masa dia bangkitkan nama mereka. Sudaah la masa itu kejahilan bersawang di jiwa di tambah lagi dengan soalan bertubi-tubi. Lemah tak berdaya bagaikan hidup di kalang duka.



Senyap. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Menangis, merayu pada cinta yang lebih Sejati, Allah swt agar berikan aku kekuatan hati.




Sehinggalah, aku terbaca sebuah buku, tautan hati. Buku yang telah menguatkan lagi pendirian aku. Haram tetap haram ! Meskipun aku tidak cukup hujah untuk di tujah ke muka dia, aku rela di maki hamun demi mengharapkan cintaNya.




Aku mengerti jika tiada siapa yang faham tentang apa yang telah aku tempuhi. Perjalanan menuju cintaNya itu amat menyiksakan. Hati ini bagai disiat-siat, di cincang-cincang.




Siapa yang yang tahan bila diri di tomah, di cerca dan di hina. Hanya Dia yang menjadi pendengar setia. Namun itu semua berbaloi. Kerana kini, aku dapat rasakan perbezaan antara cinta yang haram dan cinta yang suci.




ps : Ku terima nikahnya... Dan selepas ayat itu barulah akanku curahkan cinta dan kasih sayang kepada si dia seperti yang telah tertulis di luh mahfuz.



Alhamdulillah, cinta ini telah berbalas, apabila Dia dampingkan sang Murabbi di sisi sebagai pembimbing tarbiah hati gersang ini.






" Cinta yang halal itu halal, dan cinta yang haram itu haram "

Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna





I really miss to doodle something. It's my passion, but. Yeah. Only 1 month away :p

sumbangan ikhlas : blog kak shu

5 org berkata dari hati:

Red said...

awak.. awak.. da nikah ke?

cik ciku said...

HOHO...^^

miss ct said...

Assalamualaikum...
aufa sihat? kita sedia maklum,cinta itu mmg lumrah..tidak dinafikan berperang dgn hati agak susah..tapi pernikahan itu jln yg terbaik..

p/s: tautan hati tu best ^_^

cik AF said...

Red : saya belum nikah lagi. masih study. -.- grrr

kak ct : waalaikummussalam. fa setuju dengan pendapat akak. Dan yaaaa, buku tautan hati itu ibarat filem dalam minda fa. Alhamdulillah. tanya lah bahagian mana plotnya. Insyaallah boleh ceritakan lagi :)

Siti Safiyyah said...

kita tunang setahun, lepas 4 tahun baru kahwin? erkk macam mana tu fa? @___@


apapun, kuatkan semangat ya dik. ss dah abis baca novel denyut kasih medik. Ya Allah, serius best dan tak nyesal beli. hehe

© copyright AUFA FAQIHAH Official Blog